Ciri-Ciri Tingkah Laku Kanak-Kanak
Setiap kanak-kanak berperangai berbeza-beza. Namun begitu, mereka mempunyai corak yang hampir sama. Antara ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak yang ketara adalah sikap kanak-kanak yang suka meniru perlakuan orang lain. Kanak-kanak gemar memerhati gelagat terutama sekali orang dewasa seperti ibu bapa atau ahli keluarga orang terdekat mereka, guru dan rakan-rakan. Pada usia kanak-kanak ini, mereka merupakan span yang sedang menyerap air. Pada usia ini adalah dimana kanak-kanak amat mudah untuk menerima sesuatu. Perlakuan yang dilakukan oleh orang yang diperhatikan, akan ditiru dan dipraktikan dalam kehidupannya. Oleh itu, pentingnya bahawa ibu bapa dan guru menunjukkan contoh yang baik. kerana ia mempengaruhi perwatakan serta sikap seseorang kanak-kanak itu. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, tingkah laku kanak-kanak dapat dilihat melalui sifat ingin tahu mereka. Mereka akan sering bertanya mengenai pelbagai perkara. Hal ini kerana kognitif mereka sedang giat berkembang, segala jenis pertanyaan muncul dalam minda mereka dalam pelbagai daya imaginasi. Di kelas kanak-kanak sering menanyakan soalan seperti "cikgu kenapa burung helang boleh terbang tetapi ayam tak boleh terbang?" , "cikgu macam mana ikan boleh bernafas dalam air?" Segala pertanyaan yang dianjurkan menunjukkan bahawa otak kanak-kanak sedang berkembang dengan cerdas. Sebagai guru, ibu bapa kita perlu bersedia untuk menjawab segala pertanyaan mereka dengan jawapan yang bernas dan penjelasan yang betul yang boleh diterima dan difahami oleh mereka.
Di samping itu, ciri-ciri yang dapat dilihat ialah pada ketika ini kanak-kanak amat suka dengan ganjaran dan sokongan. Perbuatan dan perilaku yang dilakukan oleh kanak-kanak dapat didorong lagi dengan pemberian ganjaran dan sokongan. Seperti tepukan, kata-kata yang baik seperti "budak baik", "pandainya", "good job" , "well done" , pemberian ganjaran seperti cop beraneka corak, sticker, hadiah dan sebagainya. Hal ini akan membuatkan kanak-kanak untuk menjadi lebih bersemangat untuk melakukan perkara yang betul dan baik. Namun begitu, kita harus bijak dalam menyampaikan penjelasan untuk mengelakkan dari kanak-kanak lakukan hanya disebabkan ganjaran bukan kerana keikhlasan. Oleh itu, ibu bapa juga guru harus bijak untuk mengendalikan situasi ini dan sikap ini dapat melahirkan keikhlasan dalam diri kanak-kanak apabila diajari dengan betul.
Seterusnya, seawal usia ini kanak-kanak masih dalam frasa membesar, jadi mereka masih belum mampu membezakan antara betul dan salah. Segala perlakuan yang dilakukan adalah kehendak dari diri mereka sendiri. Ibu bapa dan guru memberi peranan yang sangat tinggi kerana kanak-kanak pada usia ini sedang mempelajari apa itu betul dan apa itu salah. Segala yang dilakukan perlu dikendalikan dengan cara yang betul dan ajaran yang betul.
Ciri yang seterusnya, adalah kanak-kanak mempunyai daya sensitiviti yang tinggi pada usia ini. Bagi kita satu herdikan hanyalah sebagai kata-kata yang kita tidak mampu kawal, berbanding mereka ia merupakan suatu perkara yang terkesan dalam diri mereka dan sesetengah situasi ia mampu mengakibatkan trauma dan mampu memberi kesan dalam ingatan pada jangka masa yang lama. Oleh itu, segala percakapan dan bahasa yang digunakan perlulah ditapis dan berhati-hati agar tidak terguris kanak-kanak tersebut.
Comments
Post a Comment