Definisi Tingkah Laku


Apakah itu tingkah laku? Tingkah laku ialah tindakan atau tindak balas sesuatu perbuatan terhadap persekitarannya. Menurut wikipidea ia bersifat seperti :
  • sedar atau separa sedar
  • nyata atau terselindung
  • rela atau tidak

Sebagai penerangannya ialah, tingkah laku merupakan suatu perbuatan, percakapan atau perlakuan manusia yang ditunjukkan untuk memberi tindak balas terhadap sesuatu ransangan. Tindakan manusia diperhati, diukur dan dinilai dan segala perbuatan yang dilakukan sama ada secara sedar atau tidak sedar. Segala tindak balas sama ada fizikal atau verbal bergantung kepada ransangan yang didapati oleh seseorang itu.

Terdapat beberapa pendapat oleh tokoh-tokoh antaranya ialah

Lewis M. Breaker  (2001)
  •  Tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara langsung/tidak langsung, secara sedar/separa sedar.

Imam Al-Ghazali
  •  Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan, berasaskan dorongan dan tujuan. 
  •  Boleh didefinisikan sebagai aktiviti/perilaku/gerak geri seseorang individu yang boleh dilihat,diperhatikan oleh orang lain.

Carls Rogers (1999)
  • Beliau menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.
  • Individu mempunyai konsep kendiri yang positif berupaya beriteraksi dan berindak dengan lebih yakin.




Tingkah Laku Bagi Kanak-Kanak

Tingkah laku terbahagi kepada dua. Tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.



  • Tingkah Laku Positif 
 Tingkah laku yang positif adalah seperti sifat ingin tahu, sifat ingin meneroka, cepat belajar sesuatu yang baru, aktif dari segi kognitif dan fizikal. Tingkah laku ini adalah sesuatu perkembangan yang baik dalam diri kanak-kanak. Ia dapat membantu kanak-kanak untuk lebih aktif dalam sesi di sekolah, di rumah dan di luar. Tingkah laku ini juga dapat melatih kanak-kanak dari kecil untuk lebih berkeyakinan dan ia mengasah perwatakan seseorang kanak-kanak itu. Kanak-kanak akan menjadi lebih bijak dan membesar dengan pertumbuhan yang sihat dan cerdas.



  • Tingkah Laku Negatif
Tingkah laku negatif pula seperti  distruktif, distruptif, terlalu bergantung, kebimbangan, pengasingan diri. Tingkah laku negatif ini mampu memberikan masalah dan gangguan untuk ibu bapa mengendali dan juga guru. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menganggu dan tertangguh oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku negatif ini, ia  bukan sahaja menganggu sesi pembelajaran, malahan akan meganggu sesi bersama rakan lain.

Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku  kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fizikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang kanak-kanak mengambil barang rakan mereka tanpa meminta kebenaran untuk menggunakannya.

Tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak hyperaktif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang sering bergerak, sering meluahkan segala jenis emosi dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain.

Tingkah laku bergantungan atau pengasingan diri merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, malu dan pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain seperti ibu bapa, guru dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. 



Comments