Peranan pendidik dalam pengasuhan awal kanak-kanak
Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah:
- Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
- Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
- Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.
- Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
- Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.
- Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.
Manakala J. M Coopes (1988) berpendapat bahawa guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:
- Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia
- Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
- Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar
- Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka
Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.
1. Belajar melalui bermain - permainan bebas, permainan manupulatif , permainan fizikal, permainan bahasa, permainan sensori, permainan kognitif, permainan kreatif dan permainan tradisional.
2. Tahap bermain - permainan bersendirian (solitary ) , permainan selari (parallel) , permainan asosiatif ( associative play ) dan permainan kooperatif (cooperative play)
3. Konsep pembelajaran 3E iaitu meneroka (explore), mencuba ( experiment) dan mengalami ( experience)
4. Teknik pembelajaran dan pengajaran - bercerita, tunjuk cara, modelling, main peranan/olok-olok ,soal jawab dan scaffolding
5. Kemahiran urus diri dengan kebolehan berdikari - imej kendiri , kesedaran kendiri , kesempurnaan kendiri dan penghargaan kendiri.
Comments
Post a Comment