Bimbingan Tingkah Laku Perkembangan Kanak-kanak

 


Cara Bimbingan Tingkah Laku berasaskan Amalan Bersesuaian dalam Perkembangan Kanak-kanak (DAP)


ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta  minat murid.

Kaedah ini sering dilakukan ketika dalam sesi pembelajaran dan kanak-kanak dapat memperoleh pelbagai kebaikan seperti : 

  • Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
  • Kemahiran berfikir
  • Berakhlak mulia dan beretika
  • Berkeyakinan dan berdisiplin
  • Sihat dan cergas 
  • Imaginatifkreatif dan ekspresif
Prinsip  ABP
1.  Perkembangan Domain Kognitif, Afektif & Psikomotor 
 - Saling berkaitan & mempengaruhi antara satu sama lain.
 - Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang saling berkaitan antara satu sama lain.
 -  Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan dalam  domain yg lain.

2.  Perkembangan Berlaku Mengikut Urutan
- Perkembangan kanak-kanak  berlaku mengikut urutan dengan    diikuti oleh kemahiranpengetahuan & kebolehan yang dipupuk kemudiannya.

3. Kadar Perkembangan Kanak-Kanak Berbeza
- Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Dari segi minta, keupayaan, keperluan, kekuatan, kelemahan, emosi, personaliti, latar belakang dan sebagainya.

4. Perkembangan Adalah Berterusan
 -  Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memberi kesan kepada perkembangan dan  pengalaman pembelaja-ran mereka.

  5. Perkembangan Adalah Berperingkat
- Perkembangan kanak-kanak  berlaku dalam konteks sosio-   budaya mengikut arah yang lebih kompleks.

6. Perkembangan Dipengaruhi Oleh Faktor Baka & Persekitaran
- Iaitu berlaku dalam konteks sosio-budaya keluarga yg berbezakomuniti & masyarakat setempat yg saling    berkaitan antara satu sama lain.

7. Kanak-kanak  Adalah Pelajar Aktif
- Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif dan memahami persekitaran dunia  mereka   daripada pengalaman di rumahtadika, persekitaran dan dalam komuniti.

8. Konsep Main Penting Kepada Perkembangan kanak-kanak
 - Konsep main sambil belajar adalah penting sebagai alat utk meningkatkan perkemb-angan sosialemosirohani dan kognitif seseorang kanak-kanak.

9. Proses Perkembangan Meningkat Melalui Aktiviti Yang Mencabar
 - Proses perkembangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang untuk  melatih kemahiran-kemahiran baru atau menjalankan aktiviti  yang lebih mencabar.


Comments